| Wednesday, September 24, 2008 |
| Dah dekat nak raya |
Uik rasa kejap plak puasa tahun nih,tak sampai seminggu lagi dah nak raya dah.Makin nak raya ni ku makin sibuk plak dengan kerja yg berlambak-lambak..ish2 takbleh ku nak larikan diri office.
Oh ye, dalam sibuk-sibuk sempat gak ku cari baju melayu minggu lepas..kalau tahun lepas calour purple,tahun ni ku pilih hijau kekuningan plak..ehehe tah puas pusing takder yang berkenan lastly jumpa la yg hijau tuh..
Okeh kena gi sambung keje blk nih..huhu |
posted by HK @ 12:26 PM  |
|
|
|
| Wednesday, July 23, 2008 |
| Long hair? |
Lately ni ku selalu ikat rambut bila gi office ataupun gi mana-mana. Ku pun tak sedar yang rambut dah semakin panjang..hehe
 |
posted by HK @ 5:23 PM  |
|
|
|
| Wednesday, July 16, 2008 |
| Blog |
Uih berhabuk nye blog nih lama ku tak update. Hmm kejap je dah nak masuk bulan 8, rasanya mcm bru je masuk tahun 2008 nih.
Ku semakin busy sekarang nih, masih lagi dengan kerja dlu dan ditambah pula dengan kerja2 baru..Kalau dulu banyak masa kat office nak surfing2 skg tak sempat ku nak bukak lagi. Ditambah plak company ku bakal adakan projek lelongan barangan antik pada hujung tahun jadi banyak la perkara yg harus ku selesaikan. Maklum la kerja ku bahagian graphic jadi banyak la gambar-gambar yang harus ku edit. Kena buat draft untuk berang-barang yang akan dilelong lagi,bukan sikit malah beratus pulak tuh.
Tapi takpela ku suka kehidupan ku sekarang nih. Banyak masa ku sekarang dihabiskan ngan keje dan bersama insan tersayang jer. Selebihnya tu ku rest je kat umah, dlu masa takder sibuk sangat selalu juga ku gi gathering cto la..skg dah lost contact dengan diorang semua,ape citer tah agaknya ek..Ku cuma masih keep in touch ngan abe mend ngan ain jerk..Hopefully satu ari nanti dapat jumpa blk diorang semua.

Oh ye..sekarang ku dah gemuk..yer gemuk sekali,kalau dulu aku pening sebab kurus sangat sampai tak tau dah nak buat apa,makan pun tapi still kurus,skg semuanya berbeza!..heheehe..kalau dulu berat ku hanya 58-60KG, sekarang dah pun mencecah hingga 74KG..uuuhh jauh kan perbezaan dia? hehe semua tu berlaku dalam tempoh tak sampai setahun ok..Hmm ini gara-gara si linda kesayangan ku la nih yang buat ku makan banyak..Actually ku pun tak sedar yang berat semakin bertambah,yang pasti ku tengok saiz seluar ku asyik bertukar je. Daripada mula-mula dlu 32 inci ke 35 inchi setengah sekarang..huhuhu! Tak lama lagi mesti jadi cam afdlin shauki badan ku nih..well thanx ek sayang, sbb bg gebu cam sekarang nih!
 |
posted by HK @ 11:47 PM  |
|
|
|
| Saturday, May 10, 2008 |
| Teaser |
 |
posted by HK @ 11:54 AM  |
|
|
|
| Sunday, April 13, 2008 |
| Apa yg lelaki patut buat bile awek datang bulan! |
Tips kali nih boleh lah korang anggap sebagai cara untuk mengelakkan diri dari dengar awek korang yg sedang datang bulan memaki hamun korang atau masam muker cam jerok kelubi muncong panjang sedepa hehehe...
1. Jangan sesekali datang lewat walau seminit pun kalau dah janji nak dating ngan awek korang!
2. Pastikan bateri enpon cukup untuk menampung time kegiatan luar korang. Jangan sampai awek korang call tak dapat lak nanti...mampus kang!
3. Jangan bercerita tentang kehebatan pompuan lain depan dia time mood pms menguasai diri awek korang...memang nk cari nahas le tuh..
4. Jangan buat lawak bodoh dengan membatalkan temujanji korang bersama awek korang tu.
5. Kalau dia call jangan nak berani² machokan diri dengan berkata " u call i japs lagik la sayang, i bizi arh skarang nih " hehehe...
6. Jangan cari pasal ngan dia tanya bende² yg buat kepala dia semak nak jawab soalan² bodoh korang
7. Jangan pinjam duit dia time dia datang bulan hiks...
8. Elakkan diri dari buat mende yg awek korang tak suka...
kalo korang buat gak ape yg aku senaraikan nih sumer... sile senyum dan redha kalo awek korang tetiba tengking² korang cam kene histeria, tak pon tetiba dorang nangis kekuat akibat terlalu hangin ngan korang pastu tak hingin nak tengok muka korang dah... |
posted by HK @ 1:37 PM  |
|
|
|
| Saturday, April 12, 2008 |
| Dilema |
Mana satu pilihan kalbu...

 |
posted by HK @ 11:18 PM  |
|
|
|
|
| Cinta Lelaki.. |
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya. |
posted by HK @ 1:51 PM  |
|
|
|
| Friday, April 11, 2008 |
| Missing |
Hmm dah dekat kul 2 pagi, mata masih tak bleh lelap.Ish-ish puas dah golek kiri golek kanan tapi tetap takleh tidur. Nak wat keje takder mood plak,nak makan takder slera,nak main game lagi lah takder semangat.
Rasa sunyi sangat lah..boleh jadi menggong gak kepala ku ni kalau terus dok sensorang je.
Sebenarnya ku sangat rindu linda..tengah sibuk siapkan assigment lg ke agknye dia skg. Semua gambar dia ku dah tengok,semua video pun dah tengok,setiap satu sms dalam handphone ku belek tapi rindu still tak hilang pun,makin rindu plak jadinya adalah...
Argh tak tahan sunyi tanpa linda..giler seh, ku out of mood betul. Bayangkan bila hampir sepanjang masa ada bersama orang yang kita sayang tapi bila tiba dia sibuk sekejap dan jauh dari pandangan mata kita,terasa kosong je dunia. Walaupun cuba sibuk kan diri dgn apa yang kita minat ke,kerja ke tapi fikiran asyik melayang menjauh teringat kan dia. Mood pula tak menentu,mudah sangat marah..boleh kena darah tinggi kalau lama-lama tak jumpa. Tak besh sungguh hidup dalam kerinduan nih. Tengah tido pun leh termasuk lam mimpi..ish dia jampi apa tah kat ku nih!
Uhh cepat ler dia siapkan kerja-kerja final sem dia tu, tak sabar ku nak hidup seperti dulu..
Oit syg..papa tunggu mama..cepaaaaaaaaaa la abes kan keje-ke tuu.. |
posted by HK @ 1:54 AM  |
|
|
|
|
| Hmm...tak tau nak kata apa...cuma nak beritahu yang inilah catatan tulus ikhlas dari Hakim Radzuan.. |
| About Me |
|

Name: Hakim Radzuan
Home: Shah Alam, Selangor, Malaysia
About Me: "Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda"
See my complete profile
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
|
| Shoutbox |
Free shoutbox @ ShoutMix
|
| Links |
|
| Film/Art/Play |
| |